Analisis GOLD – Harga Telah Melonjak Semula Ke Paras $1,900

681

Sentimen pasaran yang kembali berisiko di awal minggu telah mendorong pengukuhan semula dagangan safe-haven yang menjadi tumpuan pelabur untuk mengurangkan risiko pelaburan mereka.

Walaupun pakej bantuan Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) yang bernilai $900 bilion dilaporkan telah mendapat kelulusan, namun kemunculan varian baru Coronavirus telah membelenggu kebimbangan di seluruh dunia dengan sekatan pergerakan semakin dipertingkatkan.

Pelabur akan menantikan perkembangan baru isu tersebut dan dalam masa yang sama akan terus menyaksikan trend pergerakan harga yang memberi reaksi terhadap sentimen risk-off pasaran.

Dagangan emas sebagai aset safe-haven telah mempamerkan kenaikan nilainya pada pembukaan sesi dagangan awal minggu mengatasi paras ketinggian dicapai minggu lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah melihatkan harga melonjak kembali semula ke paras tumpuan 1900.00 pada sesi Asia hari ini.

Namun harga sedikit susut pada awal dagangan sesi Eropah tetapi masih dijangkakan kenaikan harga bakal diteruskan.

Jika kenaikan harga kekal diteruskan, zon harga sekitar 1910.00 dan lebih tinggi pada 1930.00 akan menjadi tumpuan harga dan dinilai pelabur.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula dari paras 1900.00, paras 1875.00 pada zon RBS (resistance become support) akan kembali diuji.

Penurunan di bawah paras zon tersebut akan memberi isyarat trend bearish harga emas semula dengan penurunan selanjutnya akan menuju ke paras tumpuan 1850.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat