Analisis GOLD – Harga Terpacak Ke $2,340 Sebelum Berundur Turun

677

Dagangan emas turut memberi reaksi terhadap terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) di awal sesi New York semalam dan juga mesyuarat FOMC awal pagi tadi.

Namun, pergerakan harga tidaklah begitu agresif seperti pada penghujung minggu lalu ketika reaksi data pekerjaan NFP AS diterbitkan.

Memerhati pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga paparkan lonjakan di awal sesi New York ke paras 2340.00 setelah mendatar pada sesi sebelumnya sekitar 2312.00.

Namun, kenaikan harga tidak diteruskan lebih tinggi sebaliknya menyusut semula ke sekitar 2322.00 pada penutupan penghujung sesi selepas pasaran meneliti keputusan mesyuarat FOMC.

Nada hawkish yang dikekalkan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell seakan memberi kelebihan kepada US dolar untuk kembali mengukuh selepas ini.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis), harga emas sedikit rendah ke paras 2310.00.

Harga yang mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu memberi isyarat awal untuk pergerakan bearish buat emas.

Harga dijangka akan menghampiri paras 2300.00 yang merupakan zon penting tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Penurunan lebih rendah di bawahnya akan menjangkakan lanjutan corak bearish seterusnya harga bakal singgah ke sekitar kawasan 2270.00.

Penurunan yang diteruskan selain bakal mencatatkan paras terendah terbaru 11 minggu adalah untuk mencecah paras jangkaan 2222.00.

Sebaliknya jika harga emas melonjak naik semula, melepasi paras 2340.00 yang dicapai semalam akan memberi petanda yang lebih positif pada pergerakan seterusnya.

Jika diteruskan, harga boleh mencapai semula sekitar 2380.00 atau paras 2400.00 yang menjadi antara sasaran tumpuan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat