Analisis GOLD – Jika Emas Melonjak Lagi Minggu Ini, $1,870 Bakal Kembali Jadi Sasaran

655

Dagangan awal minggu menyaksikan komoditi emas positif ketika US dolar masih bergerak lemah sementara pelabur berwaspada untuk pergerakan pasaran yang dijangka suram hari ini (Isnin) ekoran bank-bank di Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena cuti sambutan Hari Kemerdekaan Juneteenth.

US dolar bergerak mendatar selepas ditutup tinggi pada penghujung dagangan minggu lalu berikutan jangkaan berlaku aktiviti profit taking setelah pelabur menyaksikan penyusutan bagi nilai raja mata wang itu ketika keputusan mesyuarat FOMC.

Penyusutan US dolar minggu lalu dilihat memberi ruang untuk emas pamer kenaikan nilainya, namun momentum tersebut gagal dikekalkan susulan pengukuhan semula US dolar pada Jumaat lalu.

Walau bagaimanapun, pelabur masih berhati-hati untuk pergerakan US dolar ekoran penganalisis pasaran masih menjangkakan bahawa US dolar boleh menguat semula dengan isyarat dari Fed yang hawkish setelah melaksanakan kenaikan kadar faedah yang agresif itu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah mempamerkan penurunan semula pada Jumaat lalu selepas lonjakan pada Khamis menyaksikan harga telah mencapai paras ketinggian sekitar 1857.00.

Namun, penurunan harga sehingga sesi terakhir dagangan minggu lalu kembali mencecah semula sekitar paras 1835.00 mencetuskan jangkaan adakah harga akan kembali memberi isyarat untuk trend bearish.

Dagangan awal minggu ini menyaksikan harga berlegar di sekitar paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan harga masih belum menunjukkan penyusutan di bawah paras tersebut.

Sekiranya kenaikan harga emas berjaya diteruskan melepasi zon 1850.00 di awal minggu ini, zon rintangan pada 1870.00 bakal jadi tumpuan seterusnya untuk diuji selepas dagangan pada beberapa minggu sebelum ini gagal menembusi zon tersebut.

Kenaikan lebih tinggi yang melepasi zon rintangan itu bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu buat emas dengan sasaran selanjutnya untuk menuju ke paras 1900.00.

Sebaliknya, jika kenaikan gagal diteruskan dan harga susut semula dibawah paras 1830.00, tumpuan harga bakal terarah kepada 1810.00 semula sebelum penerunan lebih rendah akan dijangkakan mencecah pada zon support penting pada 1800.00.

Penurunan harga yang mencecah ke zon 1800.00 tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu untuk dagangan emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat