Analisis GOLD – Kejatuhan Emas Dilihat Bertahan Pada Zon $1,760

968

Sentimen pasaran berisiko sebelum ini telah membuatkan komoditi emas bergerak suram berbanding US dolar, sementara raja mata wang itu berjaya meneruskan pengukuhan selepas terbitan data perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM yang meningkat berbanding jangkaan pada sesi New York semalam.

Kebimbangan pasaran mula mereda selepas Speaker Dewan Rakyat Nancy Pelosi telah berlepas keluar daripada Taiwan tanpa berlaku sebarang masalah walaupun ketegangan antara AS-China dilihat meningkat semula.

Pelabur juga masih berjaga-jaga menantikan penerbitan laporan data pekerjaan NFP AS pada akhir minggu dagangan Jumaat esok.

Turut menjadi tumpuan terhadap jangkaan untuk mesyuarat FOMC bulan September berkemungkinan Federal Reserve (Fed) bakal membuat kenaikan 75 matas asas buat kali ketiga, untuk meneruskan langkah pengetatan agresif berdasarkan pandangan beberapa pegawai Fed.

Lihat pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada dagangan semalam, harga berlegar di atas zon sokongan 1760.00 dengan kenaikan harga sekadar menguji paras ketinggian sekitar 1772.00.

Harga juga dilihat terhalang oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang dinilai pelabur sebagai isyarat untuk perubahan arah pergerakan harga.

Harga yang menyusut ke zon 1760.00 pada sesi New York semalam dilihat melantun semula sehingga kenaikan diteruskan lebih tinggi bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis).

Bersambung pada dagangan sesi Eropah, harga dilihat telah berjaya menembusi paras halangan MA50 dan turut mengatasi ketinggian yang dicapai pada Rabu semalam untuk berlegar di sekitar paras 1774.00 setakat jam 4 petang waktu tempatan.

Jika harga berjaya mengekalkan kenaikan lebih tinggi, zon rintangan pada zon 1785.00 bakal diuji semula selepas kenaikan harga emas pada Selasa lalu gagal melepasi ke paras lebih tinggi setelah mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu tersebut.

Jika halangan tersebut turut berjaya tembusi, harga dijangkakan bakal meneruskan peningkatan sehingga ke zon sasaran 1800.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan emas sebelum ini.

Manakala bagi jangkaan penyusutan harga emas pula, zon sokongan pada 1760.00 bakal menjadi tumpuan untuk diuji dan ditembusi sebelum pelabur bersedia setelah menilai isyarat pergerakan bearish harga yang lebih jelas.

Penurunan yang lebih rendah bagi logam kuning dijangkakan bakal terarah ke zon resistance become support (RBS) 1735.00 dan 1720.00 untuk corak penurunan harga yang kekal diteruskan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat