Analisis GOLD – Kejutan Di Awal Julai, Emas Terjun Bawah $1,800!

1,417

Di penutup dagangan Jun, komoditi emas didagangkan lemah sekitar paras terendah satu setengah bulan semalam (Khamis) dengan mengalami suku terburuk sejak suku pertama 2021.

Situasi lebih buruk buat emas apabila terus mengalami kejatuhan nilai yang ketara pada hari ini (Jumaat) melepasi paras harga $1,800 untuk permulaan dagangan Julai yang suram.

Terbitan bacaan data teras indeks harga perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam telah membuatkan US dolar melemah dan mendorong harga emas melonjak seketika, namun emas kembali susut semula menuju dagangan ke penghujung sesi.

Emas yang dianggap sebagai lindung nilai inflasi kebiasaannya mendapat tarikan pelabur dalam suasana pasaran yang berisiko, tetapi pendirian Federal Reserve (Fed) yang hawkish ingin meneruskan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat selanjutnya dilihat mempengaruhi logam kuning itu melemah.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada sesi New York semalam dilihat melonjak ke paras 1825.00 selepas mencecah paras terendah baru sekitar 1803.00.

Namun, harga yang melonjak gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1  jam sebelum harga yang bersambung pada dagangan hari ini dilihat telah meneruskan penurunan di sesi Asia bersambung ke sesi Eropah sehingga melepasi paras penting 1800.00.

Paras 1800.00 tersebut yang dijangka menjadi zon support buat harga telah ditembusi dan menunjukkan isyarat pergerakan bearish yang lebih jelas buat dagangan emas yang turut mencatatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Dengan corak yang dipaparkan, harga emas dijangka meneruskan penurunan lebih rendah lagi dengan sasaran seterusnya akan menguji zon sekitar 1785.00 atau boleh mencecah sehingga ke paras 1760.00 jika kejatuhan harga berterusan.

Paras sasaran 1760.00 tersebut kali terakhir diuji adalah pada Disember tahun lalu, sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 6 bulan jika harga emas susut ke sekitar tersebut.

Dengan corak kecenderungan penurunan emas ini, sukar untuk pelabur menjangkakan untuk peningkatan semula harga pada waktu terdekat ini, namun tidak mustahil situasi tersebut boleh berlaku.

Jika harga emas kembali pamerkan lonjakan semula di atas paras 1800.00, zon 1810.00 akan menjadi tumpuan diuji selain harga juga dijangka menguji paras halangan MA50 sebelum memberi isyarat untuk perubahan trend semula jika melepasinya.

Kenaikan lanjut harga seterusnya dilihat akan kembali menguji rintangan 1830.00, antara paras yang menjadi tumpuan penting pada dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat