Analisis GOLD – Kenaikan Gagal Diteruskan, Emas Mula Susut Di Penghujung Minggu

1,044

Emas dilihat bergerak lemah menuju dagangan penghujung minggu ini dengan sentimen pasaran yang dinilai masih tidak menentu.

Selain itu pelabur juga dilihat berwaspada terhadap US dolar yang turut mempengaruhi pergerakan emas semasa, menjelang terbitan data inflasi malam ini yang dijangka bakal catat bacaan yang meningkat untuk bulan Mei.

Sementara itu, dilihat pergerakan emas juga mengalami penyusutan selepas keputusan mesyuarat European Central Bank (ECB) pada sesi New York semalam, di mana bank pusat Eropah itu mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Pasaran global pula pamer prestasi merosot di penghujung minggu dengan indeks saham Amerika Syarikat (AS) didagangkan lebih suram pada sesi New York.

Pada dagangan sesi asia semalam, pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah membuat penurunan sekitar 150 pips dan kemudiannya membuat sedikit kenaikan sebelum meneruskan penurunan sehinggalah bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini (Jumaat).

Sekiranya emas meneruskan penurunan lebih rendah hari ini, harga dilihat bakal menguji paras sokongan 1830.00 yang berada pada zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan harga emas yang diteruskan melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu dengan sasaran adalah menuju zon 1810.00 atau 1800.00.

Sebaliknya, jika emas membuat perubahan corak kenaikan semula melepasi 1850.00, harga dilihat bakal menguji zon rintangan 1870.00 yang turut diuji pada penghujung minggu lalu.

Sekiranya harga berjaya tembusi zon rintangan tersebut, sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah pada 1900.00 untuk catatan paras tertinggi terbaru 5 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat