Analisis GOLD – Lepas Capai $2,000, Emas Beri Petanda Suram Menjelang FOMC

941

Mula beri amaran kepada para pelabur, aset emas mula menunjukkan penyusutan nilai selepas dagangan pada awal minggu cemerlang melonjak ke paras $2,000.

Corak pergerakan emas mula berubah ketika dagangan menuju ke mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung sementara krisis perbankan yang melanda pasaran masih lagi dipantau rapat oleh pelabur.

Sebelum ini, US dolar yang didagangkan susut telah memberi ruang emas meningkat sejak minggu lalu dan pada Isnin lalu berjaya menyentuh paras $2,0000.

Namun, menyambung dagangan pada Selasa semalam, corak penurunan mula dipaparkan semula walaupun US dolar masih bergerak suram.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga telah susut di bawah paras penting 1950.00 pada sesi New York semalam.

Harga juga telah kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut yang telah memberi isyarat awal perubahan trend bakal berlaku.

Setelah mencecah sekitar 1935.00 di penghujung sesi New York, harga mendatar lemah di sekitar tersebut menyambung dagangan pada hari ini (Rabu).

Jika situasi berterusan, harga emas boleh susut lebih rendah menuju paras tumpuan berikutnya yang berada pada 1900.00.

Seterusnya, paras 1870.00 pula akan dicecah jika US dolar mengukuh menekan harga emas terus jatuh.

Sebaliknya, sekiranya harga melonjak semula melepasi paras 1950.00, halangan MA50 pula akan cuba diatasi sebelum memberi jangkaan positif semula untuk pelabur bahawa kenaikan harga masih akan diteruskan.

Kemudian, zon kritikal 2000.00 sekali lagi akan diuji dan harga emas berpotensi untuk capai paras ketinggian terbaru.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat