Analisis GOLD – Lepas Menjunam 900 Pips, Harga Sambung Terjun 300 Pips Lagi!

1,279

Dagangan emas terus mempamerkan kejatuhan harga yang ketara sejak minggu lalu dari paras ketinggian hampir $1,960 sehingga di bawah paras harga $1,900 semula.

Dengan trend kekal bearish, harga kekal menyambung penurunan pada awal sesi Asia hari ini seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD.

Pada Jumaat lalu, dapat dilihat harga menjunam di bawah paras 1900.00 sebelum menembusi paras sokongan pada 1875.00 seterusnya melepasi zon 1850.00. Hampir 900 pips penurunan harian harga dicatatkan!

Penurunan harga yang diteruskan pada sesi Asia pagi ini mencecah pula ke paras terendah terbaru pada 1817.00 dengan lebih 300 pips penurunan dicatatkan sebelum harga melonjak semula sehingga dagangan memasuki sesi Eropah.

Kenaikan harga yang dipamerkan dilihat menguji paras 1850.00 pada zon SBR (support become resistance).

Penganalisis menjangkakan harga emas akan susut lebih rendah berikutan akan ditekan oleh pengukuhan US dolar dalam tempoh terdekat ini.

Manakala pengukuhan US dolar pula dipengaruhi oleh peningkatan pada hasil perbendaharaan AS yang menarik minat pelabur untuk pembelian US dolar.

Jika harga menyambung semula penurunan pada sesi New York, berkemungkinan harga boleh turun lebih rendah melepasi paras yang dicecah pada sesi Asia pagi ini.

Sasaran harga lebih rendah dilihat pada paras tumpuan sebelum ini iaitu pada zon harga 18000.00. Sebelum ini harga berjaya melepasi kenaikan pada paras ini di awal Disember lalu.

Jika kenaikan harga emas berjaya diteruskan pula, antara paras harga yang menjadi tumpuan adalah pada 1875.00 dan zon SBR 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat