Analisis GOLD – Lepasi Paras $2,000, Harga Emas Teruskan Kenaikan Lagi

860

Emas cemerlang memaparkan prestasi positif harga pada Selasa semalam apabila berjaya didagangkan meningkat semula di atas paras penting $2,000.

Corak pergerakan mata wang US dolar yang mengukuh di awal minggu kembali berubah semalam ketika tumpuan mula beralih kepada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan malam ini.

Menjadi petunjuk untuk Federal Reserve (Fed) menetapkan dasar, bacaan inflasi tahunan AS diramalkan untuk menurun kepada 5.1% daripada paras 6.0% sebelum ini. Justeru, mendorong jangkaan penyusutan terhadap US dolar.

Jika diteliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah paparkan kenaikan semula melepasi paras 2000.00 sebelum perlahan di sekitar atasnya sehingga ke penghujung sesi New York.

Kenaikan harga yang turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD turut mencetus jangkaan awal untuk pergerakan bullish buat emas.

Kerancakan harga dilihat pada sesi Asia pagi ini apabila harga emas meneruskan kenaikan sehingga mencapai paras 2020.00 sebelum sedikit berundur di awal sesi Eropah.

Sekiranya kenaikan harga emas berjaya diteruskan lagi selepas ini, paras ketinggian 2032.00 yang dicapai minggu lalu bakal dituju semula.

Jika berjaya diatasi, harga bakal catatkan paras tertinggi terbaru sejak Mac 2022.

Namun, waspada jika emas mula memberikan tanda-tanda kejatuhan harganya semula dipengaruhi oleh faktor-faktor semasa dalam pasaran.

Penurunan semula di bawah paras 2000.00 akan membuatkan pelabur bersedia bagi kejatuhan lanjut emas dan boleh menuju sehingga sekitar 1950.00.

Seterusnya paras tumpuan pada 1900.00 akan menjadi sasaran berikutnya untuk penurunan harga yang masih lagi diteruskan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat