Analisis GOLD – Maaf Pelabur, Emas Beri ‘Tanda’ Nak Jatuh Lagi

1,439

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai ema berbanding US dolar kembali memberi petunjuk untuk perubahan trend menurun semula.

Pada dagangan minggu lalu, harga berjaya melepasi halangan pada 1950.00 dan menguji zon SBR (support become resistance) pada sekitar 1965.00 sebelum susut semula ke paras sekitar 1950.00 tersebut di penghujung minggu.

Namun, pada pembukaan pasaran dagangan awal minggu ini pula, harga telah susut di bawah paras 1950.00 dan juga bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat bearish buat emas.

Pengukuhan US dolar di sesi Asia pagi ini susulan laporan pelaksanaan langkah sekatan di Shanghai dilihat turut memberi tekanan awal terhadap dagangan emas.

Bersambung ke sesi Eropah petang ini, harga telah turun ke sekitar 1932.00 setakat jam 4.20 petang waktu tempatan.

Penurunan lanjut harga bakal dijangkakan untuk mencecah semula ke paras sokongan tumpuan pada 1900.00 yang dicecah ketika reaksi pada mesyuarat FOMC yang lalu.

Untuk penurunan lebih rendah melepasi paras tersebut, harga akan menuju pula ke paras sekitar 1870.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Sekiranya harga emas berjaya membuat kejutan untuk melonjak kembali melepasi paras 1950.00 sebelum ini, zon rintangan yang diuji pada ketinggian minggu lalu akan kembali menjadi sasaran.

Melepasi zon SBR tersebut akan mendorong semula kenaikan harga emas menuju ke paras tumpuan 2000.00.

Harga emas berkemungkinan akan terus berdepan tekanan oleh pengukuhan US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang menjadi tumpuan di penghujung minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat