Analisis GOLD – Mampukah Emas Pulih Semula Di Atas $2,000?

1,032

Berbeza corak harga yang dipaparkan, dagangan emas mendatar pada Rabu semalam berbanding terjunan drastik harga yang telah dipaparkan pada hari sebelumnya.

Pada Selasa, harga emas menjunam teruk ke bawah paras $2,000 ketika reaksi data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan mengukuhkan US dolar dan turut memberi tekanan kepada emas.

Namun, terjunan harga itu tidak diteruskan semalam sebaliknya harga hanya bergerak mendatar sepanjang hari dengan US dolar.

Situasi tersebut ditampilkan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Dapat dilihat terjunan harga menembusi paras 2000.00 namun pada Rabu semalam, harga mendatar dengan paras terendah harga dicatatkan pada 1985.00.

Dagangan kekal perlahan bersambung pada hari ini (Khamis) dengan pergerakan harga berlegar di sekitar 1994.00 pada sesi Eropah.

Masih lagi bergerak di bawah paras 2000.00, harga juga kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD menunjukkan isyarat yang masih bearish.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan berlaku untuk menuju ke zon tumpuan berikutnya pada 1970.00.

Untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, harga yang melepasi paras 2000.00 dan halangan MA50 akan menjadi isyarat positif untuk harga pulih semula dari kejatuhan sebelum ini.

Kenaikan harga dijangkakan untuk menuju zon yang diuji sebelum ini iaitu sekitar 2030.00 sebelum kenaikan lebih tinggi mampu diteruskan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat