Analisis GOLD – Masih Belum Mengalah, Sasar Ke Paras $1,800

702

Meneliti pergerakan harga emas pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah mengecewakan pelabur apabila membuat penurunan setelah mencapai paras tertinggi 8 minggu.

Mencapai paras ketinggian sekitar 1790.00, harga susut semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga mengundang resah para pelabur dengan isyarat untuk penurunan harga tersebut.

Namun, harga disokong di paras 1765.00 yang merupakan zon RBS (resistance become support) terbaru dan pamerkan peningkatan semula semalam.

Sentimen berisiko pasaran turut memberi sokongan terhadap permintaan emas sementara pengukuhan US dolar pula dibayangi penurunan pada hasil perbendaharaan AS.

Menyambung dagangan pada Rabu, harga meneruskan kenaikan menguji paras ketinggian yang dicapai awal minggu.

Penganalisis sebelum ini telah menjangkakan kenaikan harga emas emas untuk menuju paras tumpuan pada 1800.00

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, paras 1800.00 akan diuji dan berkemungkinan harga boleh meningkat lebih tinggi untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Namun jika harga sekali lagi gagal mengekalkan kenaikan, penurunan semula harga akan kembali ke zon RBS 1765.00.

Harga yang jatuh lebih rendah di bawah zon tersebut bakal menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti di paras 1745.00 atau 1720.00 yang lebih rendah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat