Analisis GOLD – Masih Dalam Zon ‘Sideway’, Emas Lonjak Kembali Ke Zon $1,720

497

Dagangan komoditi emas masih dinilai bergerak dalam zon yang mendatar, namun sedikit positif apabila corak kenaikan nilai logam kuning itu dipaparkan pada Rabu semalam.

Selepas emas menunjukkan penyusutan nilai pada Selasa, namun dengan faktor penyusutan US dolar semalam kembali memberi ruang untuk meningkat semula.

Pelabur kini menantikan ucapan yang akan disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada sesi New York malam ini untuk petunjuk bagi pengetatan dasar yang selanjutnya.

Sekiranya Fed berterusan memberi isyarat untuk kenaikan kadar yang agresif, US dolar berkemungkinan akan menunjukkan reaksi yang positif untuk mengukuh semula, namun akan memberi tekanan terhadap emas.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar kembali menyaksikan harga meningkat dari paras 1691.00 sehingga menguji semula zon rintangan 1720.00 bersambung pada dagangan hari ini.

Turut melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, mencetuskan semula jangkaan untuk pergerakan bullish buat emas.

Sekiranya harga emas berjaya melonjak dan melepasi rintangan pada zon RBS (resistance become suppor) 1720.00, beberapa paras tumpuan berikutnya akan menjadi tumpuan.

Antara tumpuan pada kenaikan lebih tinggi adalah pada zon 1740.00 dan juga zon 1760.00 yang akan menjadi rintangan berikutnya.

Sebaliknya jika harga gagal melepasi zon 1720.00, penurunan harga boleh berlaku semula untuk harga menguji sekali zon sokongan harga sekitar 1690.00 yang kekal membendung harga dari jatuh lebih rendah sejak minggu lalu.

Penurunan yang lebih rendah jika masih diteruskan dilihat akan menuju 1680.00 untuk catatan paras terendah terbaru 7 minggu buat dagangan emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat