Analisis GOLD – Masuk Hari Ke-5 Emas Masih Belum Tembus $1,760

517

Pelabur emas harungi dagangan yang bersambung ke minggu ini dengan penuh debaran sambil memerhatikan pergerakan harga untuk aset kuning itu yang masih kekal mendatar.

Emas akan terus dipacu oleh pergerakan mata wang US dolar dalam pasaran, namun pelabur masih menilai arah yang jelas untuk raja mata wang itu ekoran beberapa faktor yang sedang mempengaruhi.

Perkembangan di China akan mendorong perubahan pada sentimen pasaran dan memacu arah buat US dolar, sekaligus menjadi penggerak kepada nilai emas.

Ketika ini, pelabur masih berwaspada menantikan perkembangan tersebut di samping berwaspada menjelang beberapa data ekonomi tumpuan Amerika Syarikat (AS) di sesi New York sebentar lagi.

Lebih menjadi tumpuan adalah ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada awal pagi Khamis untuk petunjuk bagi dasar monetari bank pusat.

Harga pada carta XAU/USD sejak penghujung minggu lalu bersambung ke awal minggu ini dilihat masih mendatar di bawah zon 1760.00 sehingga ke hari ini.

Harga yang turut mendatar di paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut membuatkan pelabur masih menunggu untuk arah emas seterusnya.

Seandainya lonjakan lebih jelas harga dipamerkan, menembusi rintangan 1760.00 seterusnya akan melanjutkan kenaikan menuju ke zon ketinggian 1785.00 yang diuji pada pertengahan November.

Seterusnya, zon 1800.00 akan kembali menjadi tumpuan semula selain harga emas juga akan catatkan paras ketinggian terbaru 3 bulan.

Namun, jika zon 1760.00 tetap gagal untuk ditembusi, penurunan harga boleh berlaku semula untuk harga kembali ke zon sekitar 1735.00.

Penurunan yang diteruskan bakal menguji zon RBS (resistance become support) pada 1720.00 selepas menunjukkan pergerakan trend bearish.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat