Analisis GOLD – Melonjak Lagi, Emas Sasar Ke Paras $1,800

1,277

Pelabur emas semakin gembira melihat lonjakan harga logam kuning itu pada dagangan Khamis semalam selepas mencapai paras ketinggian yang terbaru.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar sejak sesi Asia semalam, harga telah pamerkan peningkatan dari paras 1734.00 sebelum perlahan pada rintangan 1745.00.

Sesi New York kemudiannya melihatkan harga melonjak lebih tinggi menyambung kenaikan pada sesi sebelumnya.

Situasi tersebut dilihat didorong oleh penyusutan US dolar berikutan kejatuhan mendadak hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) ke paras lebih rendah 6 minggu.

Harga telah melonjak ke zon SBR (support become resistance) tumpuan dengan paras ketinggian hampir menyentuh 1770.00.

Namun, harga kembali bergerak perlahan pada penghujung sesi New York untuk menutup dagangan sedikit rendah semula di bawah paras 1765.00.

Masih berlegar di sekitar paras tersebut sehingga bersambung ke awal pembukaan sesi Eropah, harga dijangka akan meneruskan kenaikan untuk menuju ke paras tumpuan 1800.00.

Sebelum mencapai paras tersebut, zon rintangan sekitar 1785.00 akan diuji harga terlebih dahulu untuk siri kenaikan lebih tinggi.

Sekiranya harga emas jatuh semula, paras sokongan harga terbaru dilihat pada 1745.00 yang menjadi rintangan pada kenaikan sebelum ini.

Penurunan lebih rendah dilihat akan singgah di zon harga 1720.00 sebelum trend bearish lebih jelas akan mendorong harga susut sehingga zon support 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat