Analisis GOLD – Menjelang FOMC Minggu Ini, Emas Sendu Di Bawah Paras $2,000

1,110

Dagangan emas pada penghujung minggu lalu mendatar di bawah paras $2,000 selepas lonjakan pada awal minggu telah mencapai paras ketinggian yang hampir mengatasi rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) yang pernah dicapai pada Ogos 2020.

Sentimen perang antara Rusia dan Ukraine terus menjadi pemacu bagi pergerakan emas sebagai aset safe-haven yang mendapat tarikan dalam suasana pasaran berisiko.

Laporan positif berkenaan rundingan antara Rusia dan Ukraine sedikit meredakan ketegangan buat sementara waktu ini.

Tumpuan pelabur mula terarah kepada mesyuarat polisi bank-bank pusat utama pada minggu ini khususnya Federal Reserve (Fed).

Fed dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sekurang-kuranganya 25 mata asas pada mesyuarat kali ini yang bakal mendorong lonjakan nilai US dolar dalam pasaran minggu ini.

Pengukuhan US dolar juga boleh memberi tekanan terhadap emas selepas corak penurunan harga sudah dipamerkan sejak minggu lalu.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar memberi isyarat untuk pergerakan bearish susulan harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Zon RBS (resistance become support) 1970.00-1960.00 menjadi sokongan buat harga pada penghujung minggu lalu bersambung di awal dagangan minggu ini.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat aka menguji paras sekitar 1950.00 sebelum meneruskan penurunan menuju pula kepada sasaran tumpuan pada 1900.00.

Jika sebaliknya pula yang berlaku, harga emas yang kembali meningkat melepasi paras 2000.00 akan memberikan isyarat perubahan trend bullish kembali.

Jangkaan untuk kenaikan harga emas adalah menguji semula paras ketinggian 2070.00 yang dicapai minggu sebelum mengatasi paras rekod tertinggi ATH sekitar 2074.00.

Melepasi paras tersebut akan mencipta sejarah baru lagi buat harga emas dan terus mengukir senyuman di wajah para pelabur emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat