Analisis GOLD – Menjelang NFP, Harga Emas Bakal Catat Paras Terendah Lagi?

1,820

Harga komoditi emas dilihat mendatar sepanjang sesi dagangan Khamis semalam sementara pelabur kini sedang menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York sebentar lagi.

Pengukuhan ketara US dolar pada minggu ini dilihat memberi tekanan terhadap dagangan emas sehingga mencatatkan kejatuhan ke paras terendah terbaru tahun ini.

Selain daripada itu, pelabur juga telah meneliti kenyataan daripada Pegawai Federal Reserve (Fed) Christoper Waller dan James Bullard yang berpandangan kerisauan terhadap kemelesetan ekonomi adalah berlebihan dan melihat sebagai hanya pergerakan ekonomi yang perlahan.

Oleh itu, US dolar yang terus mengukuh berbanding logam kuning ini dilihat bakal membenam harga emas susut lebih rendah walaupun emas mempunyai kelebihan dalam sentimen pasaran risk-off.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah bergerak mendatar pada julat 1749.00 hingga 1736.50 semalam selepas penurunan agresif dipaparkan sejak Selasa sehingga mencecah paras terendah sekitar 1732.00 .

Selepas harga jatuh dari paras 1800.00, emas kekal paparkan isyarat pergerakan bearish yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Bersambung pada sesi dagangan harini ini, dilihat harga masih bergerak mendatar pada sesi Asia namun selepas pembukaan sesi Eropah harga sedikit menyambung penurunan semula apabila harga gagal untuk melepasi halangan MA50.

Jika corak bearish terus dipaparkan, penurunan lanjut harga dilihat bakal menguji zon tumpuan seterusnya pada 1720.00 sekaligus mencatatkan paras terendah yang terbaru lagi.

Sebaliknya jika berlaku perubahan trend bullish semula, harga yang meningkat melepasi halangan MA50 kemudiannya dilihat akan menguji rintangan awal pada 1760.00 sebelum harga yang terus melonjak lebih tinggi berkemungkinan akan mencapai semula ke zon 1785.00 sebelum kembali ke zon 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat