Analisis GOLD – Momentum Dah Habis, Minggu Ini Berisiko Untuk Emas

2,066

Berbeza berbanding pergerakan di awal Mac yang bullish, emas menamatkan dagangan pada minggu lalu dengan corak yang lebih mendatar.

Pengukuhan semula US dolar yang didorong oleh bacaan data inflasi yang meningkat di Amerika Syarikat (AS) menghadkan siri kenaikan harga emas sebelum ini.

Tumpuan akan terarah kepada mesyuarat FOMC minggu ini yang turut dijangka memberi impak besar terhadap pergerakan emas.

Pelabur meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar setelah kenaikan harga tidak berjaya diteruskan pada minggu lalu.

Pada Jumaat 8 Mac lalu, harga emas berjaya mencapai rekod terbaru paras tertinggi sepanjang masa pada 2195.00.

Namun siri kenaikan harga tersebut tidak diteruskan pada minggu lalu apabila pengukuhan semula US dolar kembali memberi tekanan kepada emas.

Harga telah mendatar di atas paras 2153.00 selain turut dilihat berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Walaupun pergerakan harga perlahan di awal minggu ini, namun harga telah susut lebih rendah dari minggu lalu pada sesi Asia pagi ini yang menyentuh paras 2146.00.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan sementara pelabur memerhati sekiranya US dolar masih berjaya mengekalkan pengukuhan dari minggu lalu.

Jika berlaku, harga akan terus memberi isyarat bearish yang lebih jelas dengan sasaran penurunan akan menuju sehingga ke sekitar 2080.00 semula.

Namun jika situasi pada minggu ini berjaya mengangkat semula harga emas untuk naik, rekod tertinggi sebelum ini bakal diatasi.

Sasaran ketika ini adalah untuk paras 2200.00 dicapai sebelum harga emas terus capai paras ketinggian baru.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat