Analisis GOLD – Naik Tak Lepasi $1,980, Emas Turun Menuju Semula $1,950

752

Berbanding minggu lalu yang menurun, harga emas pada minggu ini lebih mendatar didagangkan dalam suasana pasaran yang berwaspada.

Tumpuan kekal terarah pada isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) yang belum lagi mencapai persetujuan perbincangan di mana semakin menghampiri tarikh akhir 1 Jun.

Justerus, US dolar yang kekal terumbang ambing menempuh gelora sepanjang minggu ini turut membuatkan dagangan emas juga tak keruan.

Jika diteliti pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga sekadar mencapai ketinggian pada zon 1980.00 sahaja minggu ini dan kekal meningkat lebih tinggi.

Sementara harga bergerak di atas zon support 1950.00 setelah penurunan minggu lalu mencecah sekitar tersebut.

Pada dagangan Rabu semalam, harga yang meningkat ke paras 1985.00 kembali susut semula ke sekitar 1957.00 di penghujung sesi New York.

Penurunan harga di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) semula menandakan isyarat bearish buat harga, namun jika penurunan lebih rendah ingin diteruskan, harga perlu menembusi dahulu paras 1950.00.

Untuk susut lebih rendah memerlukan faktor yang lebih menyokong jelas pengukuhan bagi US dolar dan menekan harga emas jatuh.

Harga yang berjaya turun melepasi support 1950.00 dilihat akan menuju ke sasaran sekitar 1900.00.

Mencecah ke paras sasaran itu akan mencatatkan paras terendah terbaru 10 minggu buat emas.

Namun jika harga emas mula melonjak kembali, melepasi halangan MA50 akan cuba pula untuk melepasi zon 1980.00 yang menjadi rintangan harga minggu ini.

Seterusnya, barulah harga akan meneruskan kenaikan menguji zon SBR (support become resistance) pada zon 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat