Analisis GOLD – Paras $1850 Sasaran Destinasi Penurunan Seterusnya?

1,465

Seperti yang telah dijangkakan, pengukuhan berterusan US dolar dalam suasana berisiko pasaran telah memberi tekanan terhadap harga emas yang mengalami kejatuhan minggu ini.

Dapat dilihat pergerakan harga emas berbanding US dolar yang dipaparkan pada carta XAU/USD telah menjunam di bawah paras $1900 yang menjadi paras tumpuan harga.

Dengan perkembangan kurang memberangsangkan berkenaan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta peningkatan kes jangkitan Coronavirus yang mengukuhkan US dolar telah melihatkan harga emas susut lebih 400 pips dari zon SBR (support become resistance) 1910.00 sehingga ke zon support 1875.00 pada Rabu.

Pada dagangan khamis semalam, sentimen yang kekal berisiko melihatkan harga meneruskan penurunan ke paras sedikit rendah mencecah sekitar 1860.00.

Harga yang kekal berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat trend masih bearish pada carta XAU/USD.

Penurunan lebih rendah harga dijangkakan sehingga ke paras support 1850.00 yang telah diuji pada dagangan September lalu namun gagal menembusi ke paras lebih rendah.

Namun jika sentimen pasaran berubah, kenaikan harga yang melepasi halangan dinamik MA50 akan kembali menjangkakan kenaikan semula menuju paras 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat