Analisis GOLD – Pelabur Kecewa Terhadap Prestasi Emas

1,367

Prestasi komoditi emas tidak memenuhi harapan pelabur apabila jangkaan kenaikan harga di awal minggu gagal untuk diteruskan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, menyaksikan harga telah pun melonjak melepasi paras penting 1800.00 pada awal minggu berikutan faktor penyusutan semula US dolar.

Mengimbas dagangan pada minggu lalu, pengukuhan US dolar telah menghalang harga emas untuk melepasi paras 1800.00 membuatkan harga bergerak mendatar sepanjang minggu lalu.

Namun selepas lonjakan di awal minggu ini, pelabur emas kecewa apabila mengharapkan harga terus meningkat tinggi, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu), menambahkan luka buat pelabur apabila harga emas kembali susut semula di bawah paras 1800.00.

Penurunan yang bergerak di bawah paras Moving Average (MA50) pada rangka masa 1 jam juga turut memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish semula.

Sekiranya penurunan jelas harga berlaku, paras sokongan terhampir dilihat pada 1765.00 sebelum penurunan lebih rendah akan menguji pula paras tumpuan 1745.00.

Penurunan yang masih diteruskan akan mendorong kejatuhan harga emas ke zon support 1700.00 semula seperti dagangan beberapa minggu lalu.

Namun jika harga berjaya bangkit untuk melonjak semula, paras rintangan pada 1830.00 akan diuji selepas harga melepasi semula paras 1800.00.

Kenaikan lebih tinggi mensasarkan paras 1850.00 sebagai tumpuan harga yang turut menjadi zon penting pada dagangan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat