Analisis GOLD – Pelabur Keliru Arah Tuju Emas Celaru

1,360

Meneliti kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya kembali melonjak semula setelah zon RBS (resistance become support) 1760.00 tidak berupaya untuk ditembusi.

Zon RBS tersebut sama sekali telah memacu pergerakan harga emas untuk melonjak melebihi 200 pips dan sekali lagi harga dilihat berjaya menuju ke zon SBR (support become resistance) pada 1780.00.

Pada sesi dagangan hari ini (Rabu), harga emas kembali menokok setelah sedikit menyusut dan terus bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam untuk kekal bullish.

Peningkatan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang mencapai semula paras 1.60% menjadi antara salah satu faktor yang telah mendorong pergerakan harga emas membuat penurunan.

Akan tetapi pengaruh prospek itu telah disangkal oleh laporan mengenai kebanyakan pakar ekonomi menjangkakan Federal Reserve (Fed) bakal menangguhkan pengetatan dasar polisi sehingga tahun 2023.

Ekoran daripada aspek tersebut, ia telah memberi kesan kepada matawang USD untuk kembali lemah dan memberi ruang kepada dagangan emas untuk meningkat setelah sedikit suram pada sebelum ini.

Jika lonjakan harga emas berupaya untuk meningkat lebih tinggi berkemungkinan harga bakal melepasi zon SBR 1780.00 terlebih dahulu sebelum jangkaan mampu mencapai zon rintangan 1800.00 semula.

Namun pelabur juga perlu mengambil langkah berwaspada andai kata USD lebih mengukuh kerana ia dijangka bakal mendorong harga emas mempamerkan aksi junaman ke paras harga yang lebih parah.

Penurunan awal harga akan memperlihatkan pergerakan harga menuju ke zon RBS 1760.00 sebelum penurunan yang lebih rendah untuk kembali menguji zon RBS selanjutnya pada paras 1740.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat