Analisis GOLD – Pelabur Lega Emas Pamer Peningkatan Nilai Semula

731

Penurunan pada hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang mendorong penyusutan nilai US dolar telah membuka ruang untuk dagangan emas kembali mencatatkan peningkatan semula semalam.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menunjukkan pergerakan positif pada sesi Eropah semalam hingga ke penghujung sesi New York dengan corak kenaikan yang dipamerkan.

Pelabur emas menarik nafas lega apabila emas bertahan daripada meneruskan kejatuhan setelah didorong oleh hasil bon AS yang telah membuat penurunan selepas memuncak pada awal minggu ini kepada 3.00% kemudiannya susut semula di bawah paras tersebut.

Pelabur semakin berjaga-jaga terhadap data inflasi AS yang bakal diterbitkan pada Jumaat ini dan pertumbuhan global yang perlahan di tengah-tengah pengetatan agresif daripada bank pusat utama.

Selain daripada itu, laporan bank dunia yang telah menurunkan unjuran KDNK global tahun ini kepada 2.9% daripada 4.1% boleh menyebabkan beberapa negara terjerumus ke dalam krisis hutang seperti yang dilihat pada 1980-an.

Faktor-faktor ini dipantau pelabur yang dilihat boleh mempengaruhi perubahan nilai emas semasa dalam pasaran.

Emas telah mencatatkan enaikan harian sekitar 180 pips semalam membuatkan logam kuning itu menguji semula zon halangan 1850.00.

Sekiranya corak kenaikan tersebut masih berjaya dikekalkan, harga dilihat bakal menguji zon resistance pada 1870.00 yang menjadi rintangan penting diuji pada 2 minggu berturut-turut sebelum ini.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan mencatatkan harga tertinggi terbaru emas untuk tempoh 5 minggu dengan sasaran seterusnya untuk menuju zon 1900.00.

Sebaliknya jika harga emas membuat penurunan, trend bearish harga berkemungkinan akan diteruskan dan zon RBS (resistance become support) 1830.00 akan kembali diuji.

Berjaya melepasi zon tersebut akan mendorong harga emas untuk harga catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat