Analisis GOLD – Pelabur Makin Gelisah Lihat Emas Perlahan ‘Merangkak’

726

Pergerakan emas pada dagangan Rabu semalam dilihat lebih mendatar, gagal untuk meneruskan lonjakan di awal minggu, namun masih bertahan dari susut menuju ke paras $1,800 semula.

Sentimen pasaran kembali dinilai berisiko semula membuatkan pelabur beralih arah ke pelabur lebih selamat semula di mana pasaran pulangan tinggi seperti saham kembali paparkan penurunan.

Mata wang safe-haven termasuk US dolar menunjukkan pemulihan semula daripada kerugian dialami di awal minggu, namun peluang ini dilihat gagal dimanfaatkan oleh emas.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menunjukkan penurunan dari zon 1830.00 selepas kenaikan di awal minggu berjaya ke zon tersebut.

Namun gagal untuk memberikan isyarat perubahan trend bullish yang lebih jelas, harga kembali susut dan mendatar di atas zon 1810.00 pada dagangan Khamis semalam.

Harga juga dilihat kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang memberi isyarat kecenderungan untuk membuat penurunan.

Sekiranya penurunan harga emas diteruskan menuju ke penghujung minggu, zon tumpuan 1800.00 akan kembali diuji semula dan diharapkan menjadi zon support untuk membendung kejatuhan lebih parah emas.

Namun jika penurunan harga berterusan, harga yang menembusi zon 1800.00 dilihat akan menuju pula sehingga ke zon sekitar 1760.00 untuk catatkan paras terendah terbaru emas bagi dagangan tahun 2022.

Sebaliknya jika emas berjaya melonjak tinggi melepasi zon 1830.00, pelabur lebih optimis menjangkakan pergerakan bullish emas.

Kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan menguji zon rintangan sekitar 1850.00 sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menuju pula ke paras ketinggian sekitar 1870.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat