Analisis GOLD – Pelabur Optimis Emas Capai Sasaran $1,900 Minggu Ini

754

Pelabur emas kekal optimis berikutan corak pergerakan harga emas masih belum memberikan sebarang isyarat untuk kejatuhan harga walaupun corak pergerakan tidak begitu agresif pada minggu lalu.

Pelabur berwaspada terhadap sentimen pasaran pada awal minggu ini susulan laporan amaran China terhadap syarikat pembuat logam berkenaan isu kenaikan harga mendorong kejatuhan harga logam industri.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan harga pada minggu lalu dilihat gagal melepasi rintangan 1890.00 dan belum mencapai harga sasaran terbaru pada 1900.00.

Paras sokongan harga minggu lalu dilihat pada 1850.00 yang membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru selepas harga kekal berada di atas paras 1800.00 beberapa minggu.

Walaupun corak pergerakan harga lebih perlahan, keyakinan pelabur kekal positif untuk menjangkakan kenaikan lebih tinggi harga emas.

Paras ketinggian pada 1900.00 bakal menjadi rintangan terbaru untuk diuji sebelum harga menuju ke paras tumpuan seterusnya pada 1950.00.

Paras tersebut merupakan paras tertinggi dicapai pada tahun ini iaitu pada awal Januari lalu selepas turut diuji pada November 2020.

Sesi Eropah pada hari ini (Isnin) melihatkan harga susut sedikit ke paras 1875.00 ekoran pengukuhan yang dipamerkan oleh US dolar.

Jika US dolar berjaya kekal mengukuh menyambung momentum penghujung minggu lalu, harga emas juga boleh jatuh lebih rendah minggu ini.

Untuk situasi penurunan harga, zon RBS 1850.00 dilihat sebagai zon tumpuan terhampir harga sebelum permulaan bagi trend bearish akan mendorong harga menuju semula ke paras 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat