Analisis GOLD – Pelabur Resah Emas Bergerak Mendatar Sejak Awal Minggu

932

Dagangan emas dilihat bergerak mendatar sejak awal minggu ini dengan sentimen pasaran yang agak bercampur memberi kesan terhadap pergerakan US dolar dan turut mempengaruhi perubahan nilai emas semasa.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar kekal berada di atas paras 1720.00 dengan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menjadi paras sokongan untuk isyarat trend menaik.

Masih belum ada petunjuk untuk harga emas menjunam semula di samping pelabur juga berwaspada untuk dagangan US dolar menjelang mesyuarat FOMC yang menjadi acara tumpuan utama pada minggu ini.

Selepas kembali melonjak dari paras 1700.00 pada penghujung minggu lalu, penganalisis menjangkakan harga emas boleh meneruskan kenaikan semula sehingga ke paras 1800.00.

Namun paras-paras rintangan seperti 1745.00 dan zon SBR (support become resistance) 1764.00 perlu ditembusi harga terlebih dahulu untuk isyarat yang lebih jelas.

Pelabur kekal berwaspada untuk situasi kejatuhan harga emas sekiranya US dolar kembali mengukuh dalam paras berikutan terdapat beberapa faktor yang menyokong US dolar seperti peningkatan pada hasil perbendaharaan AS.

Penurunan harga akan disokong pada paras 1720.00 sebelum penurunan lebih rendah akan kembali menguji semula paras sokongan 1700.00.

Waspada juga terhadap perkembangan sentimen AS-China dengan laporan pertelingkahan antara dua ekonomi gergasi dunia itu.

Mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis akan memacu pergerakan harga emas selepas ini dengan jangkaan turun naik harga yang agresif.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat