Analisis GOLD – Pelabur Tak Sangka Emas Boleh Junam Macam Tu!

994

Dagangan emas turut mencemaskan para pelabur pada sesi New York semalam ketika memaparkan pergerakan tak menentu susulan data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Bacaan indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS untuk bulan Mei catat 4.0%, menurun dari paras 4.9% bulan sebelumnya, dan merupakan kadar inflasi terendah sejak Mac 2021.

Ini telah menambahkan kecenderungan terhadap jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

US dolar telah didagangkan lemah susulan data tersebut diterbitkan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga melonjak ke paras 1970.00 ketika data CPI tersebut diterbitkan, namun ia sekadar reaksi awal sahaja.

Harga emas kemudiannya telah menjunam semula sehingga melepasi paras 1950.00 sehingga mencecah sekitar 1940.00 menuju ke penghujung sesi New York.

Ketika pulih semula pada dagangan yang bersambung hari ini (Rabu), harga berlegar menguji paras 1950.00 di sesi Eropah.

Namun harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) memberi jangkaan untuk pergerakan harga yang kekal bearish.

Jika penurunan berlaku lagi, harga akan menguji kembali zon support 1940.00 yang telah diuji beberapa kali sejak dagangan Mei dan awal Jun.

Jika tembus lebih rendah, harga emas boleh jatuh sehingga ke sekitar 1900.00 yang merupakan antara paras tumpuan harga sebelum ini.

Namun jika emas berjaya melonjak di atas 1950.00 kemudiannya menembusi halangan MA50, harga berupaya untuk menyambung kenaikan ke paras rintangan 1970.00.

Seterusnya barulah harga akan menguji zon tumpuan 1980.00 sebelum sasaran beralih pula kepada 2000.00 yang masih menanti untuk dicapai harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat