Analisis GOLD – Pelabur Terus Menanti Hala Tuju Sebenar Harga Emas

1,645

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) bagi bulan Septermber yang diterbitkan suram telah menyokong harga emas untuk melonjak drastik melebihi 200 pips pada sesi New York Jumaat lalu.

Namun lonjakan harga tersebut kembali disangkal oleh kenaikan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang mencapai paras 1.61% telah mendorong pergerakan harga kembali pamer penyusutan.

Para pelabur pula akan turut menunggu penerbitan data laporan inflasi AS pada Rabu yang akan menjadi rujukan untuk Federal Reserve (Fed) bagi memulakan langkah pengetatan dasar polisi (tapering).

Meneliti kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD, harga emas kembali didagangkan perlahan dan bergerak mendatar pada sesi pembukaan pasaran hari ini (Isnin).

Peningkatan harga emas turut kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1780.00 dan ia juga merupakan zon yang tidak berjaya ditembusi pada penghujung dagangan September 2021.

Walau bagaimanapun, pergerakan harga emas yang mempersembahkan lonjakan agresif itu tidak dapat bertahan lama apabila harga kembali menjunam semula ke paras rintangan sekitar 1755.00.

Sekiranya pergerakan harga mampu untuk menembusi semula zon SBR 1760.00, harga dijangka akan sekali lagi menuju ke zon SBR 1780.00 bagi memberi isyarat arah pergerakan harga yang lebih jelas.

Jika penurunan harga emas terus menyusut lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 1740.00 kekal menjadi zon tumpuan pelabur untuk diuji sebelum berupaya mencecah zon sokongan 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat