Analisis GOLD – Pembukaan Mingguan Yang Suram, Emas Susut Sepanjang Hari

929

Suram buat dagangan komoditi emas pada pembukaan pasaran awal minggu ini selepas menyaksikan harga membuat penurunan sejak sesi Asia semalam sehingga ke penghujung sesi New York.

Sememangnya pergerakan emas masih terus dipengaruhi oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran sejak minggu lalu yang menjadi tumpuan pelabur.

Walaupun dagangan US dolar dinilai agak bercampur dengan pengukuhan yang sedikit terhad, namun emas tetap menerima tekanan untuk susut ke paras rendah.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah memulakan dagangan sekitar paras 1880.000 dan mempamerkan penurunan sepanjang hari sehingga kembali menuju zon support pada 1850.00.

Pelabur akur untuk kejatuhan lebih rendah nilai emas selepas isyarat bearish harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD semalam.

Namun bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga emas dilihat kembali menunjukkan kenaikan semula setelah penurunan ke zon support 1850.00 tersebut ke paras sekitar 1865.00.

Kekal berlegar di bawah halangan MA50, kenaikan harga emas dilihat akan menguji rintangan pada paras 1870.00 yang telah membentuk minor zon SBR (support become resistance).

Sekiranya kenaikan berjaya dilakukan semula melepasi zon 1870.00 tersebut, tumpuan akan terarah pula kepada zon 1900.00 yang dijangka akan diuji harga.

Namun menjadi kebimbangan buat pelabur sekiranya harga emas terus alami kejatuhan lebih rendah di bawah zon 1850.00.

Harga boleh mencecah sehingga ke zon tumpuan lebih rendah pada 1830.00 sekiranya penurunan harga emas gagal dibendung lagi minggu ini.

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu yang akan memberi kesan terhadap US dolar turut dijangka mempengaruhi pergerakan emas semasa.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat