Analisis GOLD – Penangan CPI, Tunggang-Langgang Emas Dibuatnya!

733

Kegembiraan pelabur emas tidak kekal lama apabila harga yang melonjak semalam kembali menjunam pada pergerakan di sesi New York.

Ini disebabkan reaksi pasaran terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan yang turut mempengaruhi perubahan harga emas dalam pasaran semasa.

Selepas meneliti penurunan kadar inflasi selepas bacaan angka yang dipaparkan, mata wang US dolar terus mengalami penyusutan dan ini menyebabkan lonjakan nilai emas telah berlaku.

Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar di mana harga melonjak sehingga ke paras ketinggian 2048.00.

Namun, belum lagi habis pelabur bersorak riang, harga emas kembali menjunam semula malah melepasi daripada paras lonjakan harga bermula.

Penurunan harga mencecah sekitar 2022.00 sebelum melantun sedikit dan perlahan menamatkan dagangan di penghujung sesi New York itu.

Pergerakan lemah menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis), sebelum penurunan harga dipaparkan di sesi Eropah di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Jika US dolar terus kukuh meneruskan dagangan ke sesi berikutnya, harga boleh menjunam rendah menuju zon tumpuan 2000.00.

Bakal menguji zon penting itu, pelabur akan meneliti petunjuk pergerakan selanjutnya harga emas berdasarkan reaksi harga.

Namun jika pergerakan harga bertukar lebih bullish, kenaikan akan dipamerkan semula untuk harga menuju zon 2050.00 yang turut hampir disentuh ketika lonjakan semalam.

Jika tembusi lebih tinggi, harga akan meneruskan lagi pendakian dan tidak mustahil rekod tertinggi sepanjang masa yang dicatatkan minggu lalu mampu dipecahkan lagi.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda dan sertai Lucky Draw RM3,000 SaracenMarkets bulan ini. – KLIK DI SINI – UNTUK PM ADMIN

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat