Analisis GOLD – Pengakhiran Suram Buat Emas Di Penghujung September?

1,555

Ekoran pergerakan harga emas yang masih berlegar di atas paras $1,745 sejak minggu lalu bersambung pada awal minggu ini, masih boleh memberi nafas lega.

Namun, sentimen semasa pasaran yang dilihat kembali menyuntik pengukuhan terhadap US dolar membuatkan pelabur berwaspada terhadap kemungkinan berlaku kejatuhan harga emas pada minggu ini.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dagangan Isnin semalam masih memperlihatkan paras 1745.00 kekal menyokong kejatuhan harga lebih rendah selepas kenaikan harga pada pembukaan pasaran awal minggu gagal diteruskan.

Selepas mencatatkan peningkatan harga pada sesi Asia semalam ke zon SBR (support become resistance) 1765.00, harga kembali susut semula pada sesi Eropah menguji paras 1745.00.

Bersambung pada awal sesi Asia pagi ini (Selasa), harga bergerak mendatar di sekitar 1750.00 sebelum pamerkan penurunan pada awal sesi Eropah menguji support 1745.00.

Dengan pengukuhan semula yang dipaparkan US dolar berkemungkinan mengundang kembali jangkaan untuk harga emas susut lebih rendah selepas beberapa minggu harga bertahan di atas zon tersebut.

Sekiranya harga menjunam lebih rendah, jangkaan penganalisis semakin meningkat untuk melihat harga emas kembali semula ke zon support utama 1700.00 sebelum ini.

Kali terakhir harga menguji paras tersebut adalah pada terjunan harga emas di awal Ogos yang lalu ketika terbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) dengan angka bacaan yang memberangsangkan.

Sekiranya harga emas kembali membuat lonjakan semula, rintangan pada zon SBR 1765.00 akan diuji terlebih dahulu sebelum menyambung kenaikan menuju zon SBR 1785.00 pada pergerakan trend bullish.

Seterusnya, harga boleh mencapai semula ke paras 1800.00 jika kenaikan diteruskan selepas beberapa minggu harga susut di bawah paras tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat