Analisis GOLD – Penganalisis Optimis Nilai Emas Terus Meningkat

1,323

Pergerakan harga emas pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar perlahan pada pembukaan dagangan di awal minggu ini selepas pamer lonjakan ketara di penghujung minggu.

Pada minggu lalu, harga yang menjunam sehingga ke paras sokongan 1680.00 tela kembali melonjak semula dan melepasi halangan 1720.00 pada Jumaat dengan paras tertinggi mingguan dicapai pada sekitar 1730.00.

Peningkatan harga didorong oleh penyusutan mata wang US dolar dalam pasaran berikutan penurunan pada hasil bon 10-tahun AS.

Menyambung dagangan pada Isnin, harga susut menuju ke paras 1720.00 namun kembali meningkat sedikit di sesi Eropah. Pergerakan harga kekal perlahan dalam julat sekitar 80 pips dengan jangkaan harga lebih agresif pada sesi New York.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan, paras tumpuan seterusnya adalah pada rintangan 1745.00 yang diuji pada dagangan 2 minggu yang lalu.

Seterusnya, zon SBR (support become resistance) 1765.00 bakal diuji sebelum harga kembali menuju semula ke paras tumpuan 1800.00.

Namun, berwaspada untuk situasi penurunan harga semula sekiranya harga bergerak turun lebih rendah di bawah paras 1720.00.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam akan menyokong kenaikan semula harga. Penurunan harga lebih rendah di bawah paras ini akan memberi isyarat untuk permulaan trend bearish.

Harga bakal menguji semula paras-paras tumpuan pada penurunan terdahulu seperti di paras 1700.00 dan juga paras 1680.00 pada zon support.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat