Analisis GOLD – Penurunan Harga Di Awal Minggu Buat Pelabur Tak Tenang

1,146

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan kenaikan yang dipamerkan minggu lalu hampir menyentuh paras 1850.00 pada zon SBR (support become resistance).

Sesi New York pada Jumaat melihatkan cubaan penurunan harga untuk bergerak lebih rendah di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga namun gagal meneruskan ke paras lebih rendah sebelum menutup dagangan sekitar 1838.00.

Pergerakan harga pada sesi Asia awal pagi ini perlahan membuka dagangan pada minggu ini dengan tenang. Namun, air yang tenang jangan disangka emas tak buat hal!

Sesi Eropah melihatkan harga menjunam sekitar 200 pips setakat jam 5 petang waktu tempatan.

Sementara menantikan perkembangan lanjut isu vaksin dan pakej rangsangan ekonomi di Amerika Syarikat (AS), krisis Brexit menjadi faktor terawal menggegarkan pasaran di awal minggu.

Kebimbangan pelabur dalam pasaran telah mendorong pengukuhan pada mata wang safe-haven US dolar.

Di samping itu, turut menjadi faktor mengukuhkan US dolar adalah laporan AS bakal mengenakan sekatan terbaru ke atas kira-kira 14 pegawai China sementara Beijing memberi reaksi menentang tindakan tersebut.

Penurunan harga pada carta XAU/USD dilihat akan menuju ke zon tumpuan 1800.00 yang akan menjadi paras sokongan buat harga daripada jatuh lebih rendah.

Jika harga kekal meneruskan penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut, penurunan selanjutnya bakal kembali semule menguji zon support 1765.00.

Sebaliknya jika harga menyambung semula kenaikan pada minggu lalu, zon SBR 1850.00 akan diuji dan reaksi harga pada zon tersebut akan dinilai pelabur.

Jika harga berjaya lepasi kenaikan lebih tinggi, seterusnya paras 1875.00 menjadi destinasi tumpuan yang merupakan rintangan pada dagangan November lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat