Analisis GOLD – Petanda Suram Buat Pelabur Bila Emas Hampiri Paras $2,000

1,070

Dagangan emas semakin menambahkan resah buat pelabur apabila harga susut lebih rendah pada Rabu semalam menghampiri paras $2,000.

Pengukuhan US dolar kekal berterusan dari awal minggu sehingga menekan harga emas jatuh lebih rendah berbanding lonjakan yang telah dipaparkan pada penghujung minggu lepas.

Dengan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terus catatkan bacaan yang positif, US dolar berpotensi untuk mengekalkan prestasi baik dan turut sama memberi tekanan berterusan kepada emas.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah memaparkan terjunan pada Selasa lalu dari paras 2050.00 selepas mendatar di awal minggu.

Terjunan harga bersambung sehingga Rabu semalam hampir menyentuh paras 2000.00 yang merupakan paras sasaran yang diperhatikan para pelabur.

Pergerakan harga mendatar di atas zon tersebut pada sesi Asia dan Eropah hari ini, namun penurunan harga boleh dijangkakan untuk bersambung pada sesi New York malam nanti.

Trend kekal bearish apabila harga diperhatikan masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Penurunan harga jika berlaku bakal menguji paras 2000.00 dan reaksi harga akan diperhati sama harga melantun atau tembus lebih rendah.

Jika tembus ke bawah, penurunan bakal dilanjutkan ke zon 1970.00 dan mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Pelabur masih mengharapkan untuk harga emas kembali pulih membuat kenaikan jika masih bertahan di atas zon 2000.00.

Paras tumpuan adalah pada 2030.00 yang akan menjadi tumpuan untuk kenaikan sebelum diteruskan menuju paras 2050.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat