Analisis GOLD – Sampai Jauh Mana Lagi Harga Emas Nak Jatuh Ni?

556

Pergerakan harga komoditi emas masih lagi gagal untuk mencetuskan tarikan berbanding US dolar yang meneruskan pengukuhan pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Dilihat US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan disebabkan oleh sentimen pasaran yang dinilai berisiko dengan kerisauan pelabur terhadap kemelesetan ekonomi global.

Presiden Federal Reserve (Fed) St. Louis James Bullard yang bernadakan hawkish pada minggu lalu, telah mengulangi hasrat untuk Fed meneruskan pengetatan dasar monetari dan cenderung ke arah kenaikan sebanyak 75 mata asas lagi pada bulan September buat kali ketiganya.

Namun pelabur kekal berhati-hati selepas meneliti minit mesyuarat FOMC yang bernada dovish di mana mencetuskan kemungkinan untuk Fed memperlahankan kenaikan kadar sebelum ini.

Ucapan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell pada acara tahunan Simposium Jackson Hole di penghujung minggu ini bakal memberikan pertunjuk kepada pergerakan harga US dolar yang selanjutnya.

Turut diamati pelabur untuk faktor yang mempengaruhi pergerakan emas, indeks dolar berjaya menembusi paras halangan 109 mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak September 2002 dan dilihat hasil bon AS 10 tahun juga telah berjaya meneruskan peningkatan sehingga ke paras tertinggi harian 3.050% membuatkan dagangan komoditi emas terus parah.

Menilai pergerakan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah meneruskan penurunan lebih rendah melepasi paras 1740.00 pada sesi dagangan awal minggu semalam setelah pergerakan harga emas di penghujung minggu lalu telahpun berada di bawah zon 1760.00.

Kekal memberi isyarat untuk pergerakan trend bearish, indikator garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD masih menjadi penghalang untuk harga membuat kenaikan.

Penurunan harga yang bersambung sehingga ke sesi New York semalam dilihat telah mencecah paras terendah terbaru sekitar 1728.00 mengekalkan corak penurunan harga sejak minggu lalu.

Namun, bersambung hingga sesi dagangan Asia hari ini (Selasa), harga dilihat mula bergerak mendatar dan perlahan di sekitar zon 1740.00 menguji paras halangan MA50 pada awal sesi Eropah.

Sekiranya harga masih lagi meneruskan penurunan yang lebih rendah, harga dijangkakan bakal turun menuju ke 1720.00 untuk menguji zon support tersebut pula dan juga mencatatkan paras terendah terbaru lagi buat emas.

Namun jika harga gagal untuk menyusut ke paras sokongan 1720.00 tersebut sebaliknya meningkat lebih tinggi dari zon 1740.00 melepasi halangan MA50, petunjuk untuk perubahan trend bullish tersebut akan membuat pelabur menjangkakan lonjakan harga emas bakal berlaku semula.

Lonjakan awal harga bakal menguji zon SBR (support become resistance) 1760.00 yang menjadi rintangan harga pada penutup dagangan penghujung minggu lalu sebelum kenaikan yang diteruskan akan menuju pula ke zon SBR 1780.00 dan rintangan 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat