Analisis GOLD – Selepas Emas Melonjak, Harga Tersekat Di Skala $1,680!

574

Pelabur emas kembali berwaspada semula di awal minggu ini selepas meraikan lonjakan bertenaga pada harga komoditi berharga itu pada penutup dagangan minggu lalu.

Mengimbas kembali kesan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu, US dolar kehilangan rentak pengukuhannya sebelum itu dan kemudiannya pamerkan penyusutan yang ketara.

Situasi tersebut bukan sahaja memberi ruang untuk mata wang utama lain mengukuh semula, malah turut memberi tempias positif kepada emas untuk melonjak kukuh.

Harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar yang melonjak dilihat telah mencapai semula ke paras ketinggian 1680.00.

Namun pada Isnin semalam, cubaan untuk meneruskan kenaikan dilihat masih terhalang pada paras rintangan 1680.00 tersebut sebelum harga melantun membuat penurunan semula.

Menyambung dagangan pada Selasa, harga berlegar perlahan dengan paras 1667.00 menjadi sokongan buat harga.

Harga juga menguji paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk pelabur mendapatkan isyarat arah pergerakan harga emas selanjutnya.

Jika harga susut lebih rendah, berkemungkinan harga akan ditarik semula ke paras 1640.00 dengan petanda perubahan trend bearish dikenalpasti semula.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan kembali semula ke zon support 1620.00 yang telah menjadi tumpuan harga sejak tempoh 6 minggu lalu.

Namun, jika harga melonjak dan melepasi rintangan 1680.00, pergerakan bullish harga bakal menuju ke zon tumpuan pada 1700.00.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan selanjutnya bakal menuju ke paras ketinggian 1720.00 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 5 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat