Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD, harga emas tampaknya terus mengekalkan prestasi cemerlang dalam mencatat trend kenaikan sepanjang 7 hari berturut-turut.
Namun pergerakan harga pada sesi New York ketika penutupan dagangan pada minggu lalu (Jumaat), harga dilihat sedikit susut untuk mencecah semula ke zon RBS (resistance become support) 1850.00.
Tetapi zon RBS itu masih lagi menyokong untuk kembali melakukan lonjakan seperti pada Khamis lalu untuk sekali lagi menguji paras sekitar 1868.00 yang juga merupakan paras ketinggian 22 minggu.
Dagangan emas kekal menjadi tarikan sebagai safe-haven sejajar dengan penerbitan kadar inflasi yang capai rekod tertinggi sejak 1990 dan ketidaktentuan Federal Reserve (Fed) untuk membuat tapering.
Bacaan awal data tinjauan perbelanjaan yang suram pada minggu lepas dan kejatuhan semula hasil bon 10 tahun Amerika Syarikat (AS) terus menjadi asbab kenapa harga emas mampu kekal melonjak.
Manakala terbitan data penjualan runcit AS yang akan diterbitkan pada sesi New York esok (Selasa) pula berkemungkinan akan mempengaruhi hala tuju yang berikutnya kepada pergerakan harga emas.
Paras ketinggian 1868.00 kekal menjadi fokus utama untuk dicapai sekiranya dagangan emas berupaya untuk terus meningkat dan jangkaan berkemungkinan paras itu mampu untuk ditembusi pada kali ini.
Lonjakan yang garang akan memperlihatkan harga terbang lebih tinggi untuk menguji zon rintangan sekitar 1900.00-1910.00 yang dicapai pada awal Jun dan kekal utuh dalam meneruskan trend bullish.
Andai kata dagangan emas kembali peroleh tekanan daripada pengukuhan dolar greenback, trendline support berkenaan dijangka akan diatasi untuk harga uji zon RBS 1850.00 sebelum terus menyusut.
Dan menjadi tumpuan seterusnya yang kebih rendah bakal menyaksikan pergerakan harga menjejaki zon RBS pada 1830.00 dan berkebarangkalian akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG