Analisis GOLD – Setelah Gagal Pecah Tembok $1,800, Harga Emas Kembali Menjunam

2,161

Menilai kepada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD dilihat gagal untuk kembali menguji tembok $1800.00, malah terus menjunam pada penutup dagangan minggu lalu.

Pergerakan harga emas itu juga tampaknya telah mengalami kejatuhan lebih 300 pips untuk mencecah semula zon RBS (resistance become support) 1760.00 sebelum bergerak perlahan pada penghujung sesi.

Di kala pembukaan dagangan minggu ini (Isnin), harga emas kekal berlegar-legar di zon RBS tersebut yang mana harga dijangka akan lebih rancak dan meriah pada pembukaan sesi New York sebentar lagi.

Junaman berkenaan berkemungkinan dipacu oleh hasil perbendaharan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang memberi kejutan dengan kembali mempersembahkan peningkatan mencapai paras 1.60%.

Terbitan data pertumbuhan ekonomi China bagi suku ketiga yang mengecewakan telah memberi isyarat sentimen pasaran kembali berisiko dan mengakibatkan matawang USD sedikit mengukuh berbanding emas.

Walaupun kedua-duanya sentiasa memperoleh manfaat serta kelebihan dalam suasana pasaran yang berisiko, tarikan pelabur kepada emas dilihat sedikit suram jika dibandingkan dengan USD.

Sekiranya kenaikan harga emas berupaya untuk melonjak semula, kebarangkalian harga emas mungkin mampu kembali uji zon RBS 1780.00 sebelum jangkaan akan sekali lagi menguji zon rintangan 1800.00.

Jikalau zon RBS 1760.00 pada ketika ini tidak berupaya untuk kembali menyokong lonjakan harga, pelabur berkemungkinan akan bersedia untuk melihat junaman harga emas ke paras yang lebih rendah.

Penurunan awal harga akan menyaksikan pergerakan harga menguji paras sokongan pada zon RBS selanjutnya pada 1740.00 sebelum penurunan lebih dahsyat ke zon sokongan sekitar 1720.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat