Analisis GOLD – Tak Dapat Tembus $1,830, Emas Terjun Balik Ke Paras $1,800

1,039

Meneliti dagangan komoditi emas, pergerakan harga kekal berlegar dalam julat yang sama dengan paras ketinggian $1,830 dan paras $1,800.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menepati jangkaan peningkatan untuk menguji paras ketinggian pada 1830.00 semalam yang menjadi paras ketinggian dicapai pada penutup dagangan 2021.

Namun ekoran pengukuhan US dolar pada penghujung sesi New York susulan reaksi pasaran terhadap minit mesyuarat FOMC telah kembali menekan harga emas dari paras 1830.00 sehingga ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Bersambung pada dagangan Khamis, harga menyambung penurunan dari sesi Asia sehingga ke sesi Eropah mencecah paras 1800.00 semula.

Adakah paras tersebut berjaya menyokong semula kenaikan harga emas atau harga akan jatuh lebih rendah?

Sekiranya harga membuat penurunan lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 1790.00 akan menjadi tumpuan selepas beberapa minggu zon tersebut berjaya menyokong harga daripada jatuh lebih rendah.

Penurunan yang diteruskan dijangka akan menyusur sehingga ke zon support 1760.00 yang menjadi zon penting bagi dagangan Disember lalu.

Sekiranya harga berjaya kekal berada di atas paras 1800.00, kenaikan harga berkemungkinan akan menguji sekali lagi zon rintangan 1830.00.

Melepasi zon rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru buat emas untuk tempoh dagangan 6 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat