Analisis GOLD – Tak Lepas $1,800, Awal Minggu Emas Dah Terjun!

1,013

Dagangan komoditi emas berjaya meraih keuntungan di sesi dagangan akhir minggu lalu namun gagal untuk mengekalkan momentum pengukuhan tersebut di pembukaan awal minggu ini.

Data tinjauan sentimen pengguna AS yang diterbitkan pada sesi New York Jumaat lalu yang mengukuh berbanding jangkaan dilihat menjadi faktor pengukuhan bagi US dolar ketika dagangan minggu lalu melabuhkan tirai.

Seterusnya, dilihat pelabur menantikan terbitan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) dan juga minit mesyuarat FOMC bagi menilai pergerakan US dolar pada minggu ini.

Komoditi emas meningkat lebih tinggi didorong oleh indeks dolar dan hasil bon AS 10 tahun yang telah menyokong peningkatan susulan pengurangan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) bertindak agresif dalam pelaksanaan kenaikan kadar faedahnya.

Walau bagaimanapun, inflasi AS yang semakin mengucup pada bulan Julai telah menggagalkan pergerakan emas untuk mengukuh lebih tinggi.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dilihat harga emas masih lagi mengekalkan momentum pergerakan yang mendatar seperti dipenghujung minggu sesi dagangan minggu lalu.

Pada Jumaat, harga emas dilihat berjaya membuat lonjakan menguji sekali lagi paras halangan 1800.00 harga, namun seperti cubaan pada hari-hari sebelumnya paras tersebut masih lagi gagal untuk harga tembusi.

Bersambung pada pembukaan dagangan awal minggu hari ini (Isnin), harga yang memulakan dagangan di sekitar paras rintangan 1800.00 kemudiannya telah memaparkan penyusutan semula  sepanjang sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.

Harga yang susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD telah memberi petunjuk perubahan trend bearish harga untuk pergerakan di awal minggu ini.

Harga juga telah turun melepasi 1785.00 dengan jangkaan untuk penurunan lanjut bakal diteruskan pada sesi berikutnya untuk mengatasi paras terendah minggu lalu.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan harga untuk menyusut sehingga ke zon sokongan 1760.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 2 minggu.

Namun jika harga berjaya menembusi zon tersebut, pelabur akan memberi tumpuan pula pada zon RBS (resistance become support) 1740.00 jika penurunan masih diteruskan.

Sebaliknya jika emas berjaya membuat kenaikan semula, harga berkemungkinan akan kembali semula menuju ke paras 1800.00 untuk menguji zon rintangan penting itu selepas sepanjang minggu lalu cubaan harga gagal menembusinya.

Sekiranya harga berjaya membuat peningkatan dan menembusi zon rintangan 1800.00, paras-paras tumpuan seterusnya yang dilihat akan dicapai harga adalah sekitar 1815.00 dan 1830.00 mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat