Analisis GOLD – Target Emas Seterusnya Adalah $1,900?

920

Harga emas nampaknya lebih aktif pada dagangan Rabu semalam selepas pamer pergerakan mendatar pada hari sebelumnya.

Jom teliti apa yang terjadi pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam.

Selepas kenaikan emas harga terhalang pada paras rintangan 1875.00, penurunan dilihat dibuat pada sesi Eropah semalam menuju ke zon RBS (resistance become support) 1850.00.

Namun, lonjakan ketara harga emas disaksikan para pelabur pada awal sesi New York apabila harga melepasi rintangan 1875.00 mencapai paras ketinggian terbaru pada 1890.00.

Sentimen berisiko pasaran didorong penurunan pada indeks-indeks utama pasaran Wall Street untuk hari ketiga berturut-turut telah meningkatkan harga emas di awal sesi sementara US dolar bergerak lemah menantikan laporan minit mesyuarat FOMC terbaru.

Selain itu juga, pasaran kripto yang sedang bergelora menyaksikan kejatuhan harga Bitcoin ke paras $30,000 dan mengheret mata wang kripto yang lain turut ketara susut, menjadi faktor peningkatan harga emas.

Ini adalah disebabkan kebimbangan pelabur-pelabur institusi terhadap situasi tidak menentu pasaran itu untuk beralih ke arah emas sebagai pelabur yang lebih selamat.

Namun begitu, lonjakan harga emas gagal dikekalkan pada carta XAU/USD selepas harga susut semula ekoran reaksi pasaran terhadap laporan minit mesyuarat FOMC menyaksikan pengukuhan semula US dolar.

Pergerakan harga kembali mendatar bersambung pada dagangan Khamis meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan terhalang kembali pada rintangan 1875.00.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan semula, berkemungkinan harga emas mampu mencapai paras lebih tinggi dengan jangkaan ke paras 1900.00 sebelum dagangan minggu ini berakhir.

Sebaliknya, jika harga emas susut semula, zon RBS 1850.00 akan menjadi paras sokongan bagi penurunan awal.

Untuk penurunan lebih ketara, paras tumpuan pada 1820.00 zon RBS 1800.00 dilihat antara paras yang akan kembali dituju semula harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat