Analisis GOLD – Tembok $1,800 Masih Belum Berjaya Digembur

669

Dagangan emas pada minggu lalu gagal untuk mengumpul momentum lonjakan bagi menembusi paras harga $1,800 yang menjadi zon rintangan terbaru.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar bergerak mendatar di bawah rintangan 1800.00 sepanjang minggu.

Harga berjaya melonjak pada awal minggu lalu dari paras sokongan 1765.00 pada zon RBS (resistance become support) berikutan pergerakan lemah US dolar yang memberi ruang untuk emas meningkat.

Di penghujung minggu, harga emas dilihat kembali susut semula setelah kenaikan masih tidak mampu menyentuh paras 1800.00.

Penurunan sekitar 250 pips yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga membimbangkan pelabur untuk isyarat awal trend bearish itu.

Menyambung dagangan pada minggu ini, harga bergerak perlahan sejak sesi Asia bermula dan dilihat menguji halangan MA50 yang akan memberi petunjuk arah pergerakan emas selanjutnya.

Sekiranya US dolar kekal bergerak lemah menjelang mesyuarat FOMC pada minggu ini, harga emas berkemungkinan boleh pamerkan kenaikan semula untuk menguji zon rintangan 1800.00.

Harga yang berjaya menembusi zon rintangan tumpuan tersebut bakal mencatatkan paras tertinggi terbaru 11 minggu dengan jangkaan untuk menuju paras 1850.00 yang diuji pada Februari lalu.

Sebaliknya, jika harga alami kejatuhan pula, zon RBS 1765.00 sekali lagi akan menyokong harga untuk meningkat semula.

Harga yang menjunam di bawah zon tersebut akan menguatkan lagi isyarat trend bearish pada carta XAU/USD.

Penurunan lebih rendah bakal menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1745.00, 1720.00 dan juga zon support di bawah paras 1700.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat