Analisis GOLD – Terbeliak Biji Mata Pelabur Tengok Emas Melonjak Lepasi $1,700!

1,035

Penyusutan US dolar yang bersambung pada minggu ini bagaikan durian runtuh buat para pelabur emas apabila nilai logam kuning tersebut tambah mencanak lagi pada Selasa semalam.

US dolar terus kehilangan taringnya dalam pasaran dengan pelabur berwaspada ketika acara pilihan raya Kongres di Amerika Syarikat (AS) diberi tumpuan minggu ini selain pelabur juga menantikan terbitan data inflasi AS pada Khamis.

Situasi penyusutan berterusan US dolar yang bersambung dari kesan laporan data pekerjaan NFP AS minggu lalu, terus dimanfaatkan oleh dagangan komoditi.

Jika diamati, pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar di awal minggu sedikit mendatar selepas kejutan lonjakan harga pada penutup minggu lalu.

Isnin menyaksikan harga berlegar lebih perlahan dengan paras 1680.00 menjadi rintangan untuk harga meneruskan kenaikan.

Namun, tembok tersebut tidak menunggu lama untuk dipecahkan apabila lonjakan bertenaga emas pada selasa semalam menembusi paras 1680.00 tersebut sehingga mencapai paras ketinggian pada 1716.00.

Lonjakan yang turut melepasi zon tumpuan 1700.00 itu juga telah mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 minggu.

Lonjakan tersebut mula mereda di penghujung sesi New York sehingga bersambung sehingga ke sesi Eropah hari ini (Rabu).

Namun, pelabur tidak terkejut jika emas menyambung lagi lonjakan setelah harapan untuk menjangkakan emas terus bersinar terang kembali menggunung semula.

Paras rintangan pada 1720.00 menanti untuk diuji dan sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi zon tersebut, harga bakal menuju ke sekitar 1740.00.

Pendakian lebih tinggi seterusnya dilihat akan memberi reaksi pula pada zon tumpuan 1760.00.

Namun, bila-bila masa sahaja harga boleh berubah arah ekoran sentimen pasaran yang masih tidak menentu dengan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi corak pasaran semasa.

Jika harga emas menjunam semula, paras 1680.00 berkemungkinan akan diuji dan berupaya berubah fungsi menjadi sokongan untuk harga semula setelah menjadi rintangan buat harga sebelum ini.

Penurunan lebih rendah jika melepasi paras tersebut dilihat akan menguji zon 1660.00 sebelum kembali menuju ke paras 1640.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat