Analisis GOLD – Terjunan Harga Ke Paras $1,800 Sebelum Melonjak Semula

1,026

Dagangan emas memberi kejutan awal kepada pelabur pada pembukaan sesi Asia pagi ini dengan henjutan padu ke paras terendah terbaru hampir mencecah paras $1,800.

Namun harga kembali melonjak semula lebih 350 pips seperti yang dipaparkan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dalam pasaran.

Harga masih bergerak di bawah paras rintangan 1850.00 selepas terjunan harga sejak penghujung minggu lalu memberi isyarat trend bearish harga.

Kenaikan harga pada sesi Asia hari ini juga dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan pamerkan penurunan yang lemah semula di sesi Eropah.

Berkemungkinan pergerakan harga lebih agresif pada sesi New York dengan reaksi pelabur terhadap mata wang US dolar yang mempengaruhi nilai emas semasa.

US dolar dilihat kembali mendapat permintaan dalam pasaran sejak penghujung minggu lalu berubah berbanding sentimen sebelumnya yang lemah.

Jika sentimen pasaran awal minggu ini kekal menyokong pengukuhan US dolar, harga emas bakal susut lebih rendah menuju semula ke zon harga 1800.00 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 1 bulan.

Namun jika harga berjaya melonjak tinggi semula, paras rintangan pada 1850.00 serta 1875.00 akan diuji sebelum memberikan isyarat perubahan trend menaik harga.

Seterusnya harga akan dipacu lebih tinggi menuju semula ke zon harga tumpuan pada 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat