Analisis GOLD – Tiba-Tiba Emas Melambung Ke $1,930 Pada Hujung Minggu

1,238

Agak mengejutkan pasaran pada dagangan penghujung minggu lalu apabila emas kembali bersinar semula membuatkan pelabur tersenyum.

Tekanan pengukuhan US dolar di penghujung minggu yang sedikit suram memberi ruang untuk harga emas memulih.

Selain itu, hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan tanda-tanda untuk menurun turut mempengaruhi pergerakan harga emas semasa.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga jatuh berhampiran paras 1900.00 pada Khamis lalu sebelum harga mencanak naik semula pada Jumaat.

Kenaikan harga telah berjaya melepasi paras 1920.00 dan mencapai ketinggian 1930.00 di sesi terakhir, namun sedikit berundur untuk menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1923.00.

Menyambung dagangan di awal minggu ini, harga paparkan kenaikan namun masih tersekat di paras 1930.00 dan berundur semula di sesi Eropah.

Dengan jangkaan corak kenaikan harga akan diteruskan lagi hari ini, harga perlu melepasi dahulu zon 1930.00 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Jika diteruskan, harga bakal mencapai semula ketinggian pada 1950.00 yang menjadi rintangan penting buat harga emas pada Ogos lalu.

Namun, jika berlaku semula penurunan harga seperti corak dipaparkan minggu lalu, penurunan di bawah paras 1920.00 akan menjangkakan harga untuk menuju semula ke paras 1900.00.

Selepas jelas isyarat bearish dipamerkan, harga bakal berisiko jatuh di bawah 1900.00 dan paras support 1885.00 akan diuji.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat