Analisis GOLD – Titik $1,800 Jadi Penentu Arah Harga Emas Selanjutnya

481

Dagangan komoditi emas dipacu oleh pergerakan US dolar minggu lalu ketika pelabur memberi reaksi terhadap mesyuarat FOMC terakhir tahun 2022.

Pada Khamis, nilai emas alami kejatuhan susulan tekanan oleh pengukuhan US dolar yang didorong oleh komen hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell untuk dasar monetari selepas ini.

Namun, ada lantunan semula yang dipaparkan pada Jumaat apabila US dolar dilihat tidak meneruskan pengukuhan pada penutup dagangan penghujung minggu.

Pergerakan harga dapat diteliti pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan isyarat awal untuk harga membuat kenaikan di awal minggu ini.

Ini adalah disebabkan harga yang mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Namun, penganalisis memberi amaran US dolar berpotensi untuk menyambung pengukuhan pada minggu ini dan boleh memberi tekanan terhadap emas semula.

Jika diperhatikan minggu lalu, harga telah membuat lonjakan ke paras ketinggian 1824.00 dan penurunan mencecah sekitar 1775.00.

Harga memulakan dagangan awal minggu dengan perlahan di atas paras 1790.00 dari awal sesi Asia bersambung ke sesi Eropah.

Kenaikan harga dilihat akan menguji zon penting pada 1800.00 sekiranya US dolar masih didagangkan lemah di awal minggu.

Kenaikan yang diteruskan akan mencapai semula paras ketinggian pada minggu lalu sebelum sasaran seterusnya untuk diuji harga dilihat pada zon 1830.00.

Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan semula harga emas, melepasi paras sokongan pada 1775.00 kemudiannya dijangka akan menuju ke zon RBS (resistance become support) 1760.00 untuk harga menguji zon tersebut.

Penurunan lanjut yang diteruskan selepas memberi petunjuk lebih jelas perubahan trend bearish buat emas bakal menuju pula zon support 1740.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat