Analisis GOLD – Ubah Arah Trend, Emas Cuba Bangkit Semula

1,249

Kembali melegakan kebimbangan pelabur emas pada dagangan Khamis semalam apabila harga mula meningkat semula susulan penyusutan US dolar pada sesi New York.

Seperti dijangkakan, data inflasi AS diterbitkan sedikit rendah, namun tidak mencapai angka jangkaan penurunan lebih rendah.

Dengan siutasi penyusutan US dolar telah memberi ruang untuk nilai emas kembali meningkat semula.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, jangkaan untuk harga memulakan trend penurunan meleset apabila harga melonjak kembali setelah menguji paras sokongan pada 1875.00 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Kenaikan harga telah kembali semula ke paras 1900.00 yang menjadi zon rintangan buat harga untuk beberapa minggu dagangan kebelakangan ini.

Zon rintangan tersebut perlu harga tembusi untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi sekaligus mencatatkan harga emas tertinggi terbaru 5 bulan.

Sasaran kenaikan harga seterusnya terlihat pada paras 1950.00 yang merupakan rintangan diuji pada awal dagangan Januari yang lalu.

Namun sepanjang minggu ini, harga yang menguji rintangan 1900.00 beberapa kali masih gagal untuk ditembusinya.

Sesi Eropah pada hari ini juga turut menyaksikan harga yang bergelut di zon rintangan tersebut menunjukkan sedikit penurunan awal.

Namun jika berterusan, harga bakal turun menguji semula paras sokongan 1875.00 semalam dan sekiranya harga susut lebih rendah, paras sokongan berikutnya dilihat berada pada 1850.00.

Jika trend bearish dipamerkan semula, harga boleh menjunam untuk kembali menuju ke paras tumpuan utama sebelum ini iaitu di paras 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat