Analisis Teknikal AUD/CHF – Timeframe H1 – 24/8/2018

353

Australia sebelum ini menghadapi masalah pergolakan politik dan kemungkinan berlaku perubahan dalam tampuk pimpinan menggusarkan pasaran sekaligus melihatkan matawang AUD melemah dengan ketara.

Namun, ketegangan tersebut hari ini dilihat reda setelah Scott Morrison menggantikan tempat Malcolm Turnbull sebagai Perdana Menteri yang baru selepas memenangi pemilihan pada Jumaat. Ini dilihat sebagai perkembangan yang positif bagi matawang Aussie.

Seterusnya, matawang CHF pula masih dilihat lemah buat masa ini atas faktor matawang yang mempunyai kadar faedah yang rendah, CHF juga berkemungkinan dijual dalam sentimen pasaran risk-on. Sentimen pasaran yang sering berubah terutamanya berberapa minggu kebelakangan ini membuatkan matawang CHF didagangkan bercampur-campur.

Dari segi teknikal, dapat dilihat sebelum ini harga bagi pasangan matawang AUD/CHF tidak berjaya menembusi(breakout) paras resistance 0.72800 setelah beberapa cubaan menguji paras tersebut gagal sebelum mula membuat penurunan. Pergerakan harga semalam bergerak menurun dari paras 0.72285 dan menembusi paras support 0.71800 sebelum harga mula perlahan di sekitar zon harga 0.71400.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat lonjakan semula ke paras support semalam di 0.71800 atas faktor nilai matawang AUD yang menguat. Namun dilihat harga kembali membuat sedikit penurunan dan harga semasa berada di sekitar paras 0.71650 setakat jam 4.45 petang ini.

Jika harga menyambung penurunan, paras support terdekat yang berkemungkinan dicapai adalah di sekitar paras 0.70800. Sebaliknya, jika pergerakan harga berubah dan membuat kenaikan, paras resistance yang berpotensi dicapai adalah pada resistance sebelum ini yang belum berjaya ditembusi(breakout) iaitu di paras 0.72800.

Paras support: 0.71120, 0.70823, 0.70241.
Paras resistance: 0.71999, 0.72581, 0.72878.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat