Analisis Teknikal AUD/JPY – Timeframe H1 – 7/9/2018

665

Saham Asia hari ini melemah di mana keyakinan pelabur terjejas disebabkan kecelaruan dalam pasaran dan kebimbangan terhadap aktiviti perdagangan yang tidak sihat khususnya perang dagang antara AS-China yang sedang berlaku.

AUD antara matawang yang menerima kesan buruk atas faktor Australia yang merupakan antara rakan dagang terbesar China. Kesan daripada krisis perang dagang yang berlarutan ini mempengaruhi kejatuhan nilai matawang Aussie dimana Aussie dilihat terus didagangkan lemah berbanding matawang utama yang lain sejak kebelakangan ini.

Namun begitu, krisis perang dagang yang memberi kesan buruk terhadap AUD, sebaliknya dilihat sebagai satu faktor yang positif yang menyokong pengukuhan nilai matawang JPY. Seperti sedia maklum, apabila pasaran dilihat dalam keadaan yang berisiko (risk-off), JPY antara matawang yang mendapat permintaan disebabkan pelabur akan memilih matawang safe-haven dalam usaha melindungi nilai aset mereka. Pasaran akan beralih ke pasaran yang lebih selamat membuatkan permintaan terhadap matawang berpulangan rendah semakin meningkat.

Jika dilihat pada chart bagi pasangan matawang AUD/JPY, pergerakan harga semalam dilihat kembali menguji paras support 79.650 dan belum berjaya menembusinya (breakout) lagi. Namun, pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat telah menembusi (breakout) paras support tersebut dimana harga telah membuat penurunan sehingga paras 79.000 sebelum harga mula bergerak perlahan pada sesi pasaran London dan harga semasa bergerak di sekitar paras 79.290 setakat jam 5.10 petang.

Jika harga kembali membuat kenaikan, harga dilihat akan menguji semula paras SBR (support become resistance) 79.650 sebelum ini. Dan jika harga terus menyambung lagi kenaikan, paras resistance yang dijangka menjadi tumpuan harga berada di paras 80.550 dan seterusnya di paras 80.840. Sebaliknya, jika sentimen pasaran kekal berisiko (risk-off) dan AUD terus melemah, harga dijangka bakal turun lebih rendah ke paras support 78.650 atau lebih rendah lagi. Ikuti perkembangan sentimen pasaran global semasa bagi memantau pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/JPY.

Paras support: 79.385, 79.105, 78.657.
Paras resistance: 80.113, 80.561, 80.841.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat