Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 1/11/2018

168

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD pada sesi dagangan semalam dilihat agak mendatar walaupun harga bergerak sedikit menurun. Data pekerjaan ADP mencatatkan bacaan yang meningkat daripada jangkaan pasaran dengan pendapatan sektor swasta di Amerika meningkat ke paras tertinggi sejak lapan bulan. Oleh itu, walaupun matawang Aussie mengukuh dengan faktor sentimen pasaran semasa kembali pulih, namun masih gagal untuk mengatasi pengukuhan harga oleh USD di mana harga pada chart AUD/USD gagal membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot semalam setelah mengujinya beberapa kali.

Namun pada sesi pasaran Asia hari ini, harga berjaya membuat kenaikan ke paras lebih tinggi pada minggu ini setelah pengukuhan data imbangan di Australia yang dikeluarkan pagi tadi sekaligus meredakan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi di China yang perlahan. Harga dilihat telah membuat lonjakan dari paras Magic Pivot 0.7083 hari ni dan telah melepasi paras resistance 0.7098 (MagicR1) dan juga paras resistance 0.7122 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line. Harga dilihat menuju ke paras resistance 0.7137 (MagicR3) menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Seterusnya, kenaikan harga dilihat akan menguji kembali paras resistance pada paras 0.71500 yang masih gagal ditembusi harga sebelum ini.

Walaupun begitu, pelabur tetap berhati-hati berikutan matawang USD yang dijangka masih mengukuh berkemungkinan untuk menekan semula harga ke paras lebih rendah. Jika harga membuat pergerakan menurun, jangkaan harga mampu untuk turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7083 dan menuju ke paras support terdekat iaitu pada 0.7059 (MagicS1). Seterusnya, paras support pada 0.7044 (MagicS2) dilihat akan menjadi destinasi harga seterusnya jika penurunan harga masih berlaku. Sekiranya momentum pengukuhan USD gagal dihalang oleh Aussie, harga bakal mencecah ke paras support 0.7020 (MagicS3) untuk harga menguji paras terendah yang dicapai harga pada Jumaat lalu.

Terus ikuti perkembangan perang dagang antara AS-China yang masih berlarutan di mana ia terus memberi kesan jangka panjang terhadap nilai matawang dollar AUD. Gunakan indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda mencari paras support dan resistance terbaik untuk posisi dagangan anda pada chart AUD/USD.

 

Paras support: 0.7059, 0.7044, 0.7020.

Paras resistance: 0.7098, 0.7122, 0.7137.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat